Saturday, December 25, 2010

Macro Shoot

Macro Shooting 1
Macro Shooting 2
Macro Shooting 3
Dalam sesi ni, saya akan menerangkan bagaimana teknik untuk mengambil gambar secara detail atau lebih dikenali sebagai "Macro". Sebenarnya saya memang minat untuk mengambil gambar objek yg kecil dan detail. Ini bagi memudahkan saya untuk melihat objek tersebut secara lebih seni berbanding kita melihat dengan mata kasar. Semua org leh mengambil gambar dengan apa jua jenis kamera, handphone,handycam, analog kamera dan sebagainya. Namun, adakah mereka mampu untuk menghasilkan sekeping gambar yg betul2 bermakna dan mampu menarik minat org utk melihatnya. Maka dengan itu, munculah perkataan "art of seeing". Tetapi kali ini, saya lebih menekankan konsep mengambil gambar Macro.

Alatan untuk mengambil gambar Macro:
  1. Dslr
  2. Macro Lense
  3. Tripod
  4. Shutter Release
  5. Falsh (based on your tools)
Alatan diatas adalah alatan-alatan asas yg biasa digunakan oleh seorang fotographer untuk mengambil gambar Macro atau jarak dekat. Mahal???, sudah tentu alatan-alatan yang disebut mampu untuk mengeringkan poket anda. Namun, saya akan memperkenalkan alatan-alatan lain yg boleh mengantikan alatan seperti Macro lense, Tripod dan Shutter release. Bagi mereka yang tidak berkemampuan, anda boleh menggunakan polisterin, magnifying glass dan flash. Tetapi harus diingat, kesan dan ketajaman imej adalah tidak sehebat alatan-alatan yang telah disenaraikan.

Teknik mengambil gambar Macro
Tools: Polisterin, Magnifying Glass and Flash
  1. Pastikan latarbelakang subjek supaya anda boleh menghasilkan background yg bersih. Hal ini bagi memastikan subjek tidak diganggu oleh benda-benda lain.
  2. Setelah mengenalpasti subjek yang ingini, bukaan apature harus dikecilkan  at least 8 supaya subjek yg dihasilkan tajam. Apabila bukaan Aparture telah dikecilkan, maka secara automatik shutter speed harus direndahkan kerana subjek telah menjadi gelap. 
  3. Okey, di sini barulah pengunaan tripod dan shutter release memainkan peranan yg penting. Penggunaan tripod dan shutter release adalah bagi mengelakkan "hand shaking" yang boleh menyebabkan subjek menjadi kabur.
  4. Tetapi bagi mereka yg telah mengunakan polisterin, magnifying glass dan flash, mereka tidak perlu lagi untuk merendahkan shutter speed kerana walaupun subjek gelap dalam viewfinder, namun cahaya flash akan menerangi subjek.
  5. Maka, blur pada gambar tidak akan berlaku. Bagi saya, lebih senang untuk menggunakan Flash kerana ia akan membekukan subjek yang sedang bergerak contohnye ulat, kumbang, lebah dan sebagainya.
  6. Perlu diingatkan bahawa aplikasi Rule of third atau Composition, Filtering dan Depth of Field semasa mengambil gambar adalah sangat penting dan akan diterangkan di post yg akan datang.

0 comments:

Post a Comment

 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design