Friday, June 24, 2011

..:Doa Seorang Isteri:..







Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku ingkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah
sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu


Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin Ya Rabbal Alamin..

Monday, June 20, 2011

~Nikah & Rezeki~

Alhamdulillah,selesai sudah majlis perkahwinan Mr&Mrs Basikal Tua..segalanya b'jalan lancar seperti yg dirancang..thnx a lot kepada smua pihak yg terlibat..jasa kalian kan kami kenang hingga akhir hayat, insyaAllah...=)

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki,) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Surah ar-Ruum ayat 21)

Berkahwin muda itu seronok kerana Dia telah menutup banyak pintu-pintu fitnah. Berkahwin muda itu indah kerana dibebaskan dari keadaan yang akan menjerumuskan remaja ke alam dilema percintaan. Berkahwin muda itu tenang kerana di dalam perkahwinan itu ada sakinah, mawaddah wa rahmah. Berkahwin muda itu bahagia kerana ada teman yang akan berkongsi segala suka dan duka.Memang x dpt dinafikan perasaan akn lebih tenang lps nikah..

Kematangan bukan pada landasan usia tetapi kepada corak pemikiran, bagaimana kita mengurus perasaan dalam menghadapi kehidupan. Buat sahabat-sahabat dan ikhwah-ikhwah yang telah dan bakal bernikah,jgn la ragu2 & selamat mendirikan rumahtangga, semoga berkekalan hendaknya..


Jadikanlah pasangan sebagai sebuah anugerah dalam kehidupan dan manfaatkanlah peluang tersebut dengan sebaik-baiknya. Di saat gelora bertandang, kenangkanlah saat-saat yang indah sewaktu lafaz nikah dituturkan suami. Nikmatilah perasaan yang indah saat bergelar seorang isteri kerana perkahwinan itu satu anugerah dari Tuhan buat hamba-hamba Nya.

"Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia Nya, kerana Allah amat luas (rahmat dan limpah kurnia Nya), lagi amat mengetahui." (Surah An-Nuur ayat 32)

Sebut pasal kahwin@kahwin muda nie,byk la persepsi dr semua org...tp kebanyakannya yg x elok la..tp bg pendapat peribadi Mr&Mrs,urusan kami lebih byk dipermudahkan lepas nikah& ingatlah rezeki tue dtg dr Allah..Alhamdulillah Mrs dah lulus interview SPP n Mr gak dh dipanggil untk interview..smoga segalanya dipermudahkan..

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa Yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan ia juga Yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja Yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik pemberi rezeki" (34:39)

Tuesday, June 14, 2011

~Our Wonderful Day~

~raja sehari~

~kasih selamanya~










 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design