Monday, December 27, 2010

How To Be Good Potraitor

Shoot Potrait 

Bagi org yg baru menceburkan diri dalam dunia fotografi, mesti perkara utama yang akan dilakukan ialah mengambil gambar potrait. Tak kiralah gambar apa pun, tetapi kebiasaanya mereka akan mengambil gambar model. Untuk menjadi seorang potraitor, mereka seharusnya menggunakan segala angle dan seni dalam penglihatan supaya gambar-gambar yg dihasilkan tampak lawa dan menarik. Rule of third, filtering dan depth of field semestinya memainkan peranan yang sangat penting dalam penghasilan pic yg menarik. Selain itu, seorang potraitor juga akan menekankan bagaimana untuk menonjolkan watak seseorang melalui gambar yg diambil. 

Semakin lama dalam bidang nie, saya menyatakan bahawa potraitor model adalah satu yg membosankan dan tidak menambah pengetahuan saya. Ini mungkin disebabkan saya selalu didedahkan dengan mengambil gambar-gambar seperti ini. Penghasilan potrait yang sentiasa sama akan menghasilkan satu pattern yg serupa disamping menghabiskan masa dan shutter count.

Bagi mereka yang suka dan meminati utk menghasilkan sebuah gambar potrait, adalah lebih elok mencari subjek yang tidak berlakon, dalam erti kata yang senang candid dengan gaya dan cara kamu yg tersendiri. Gambar-gambar seperti itu lebih cantik dan mempunyai makna yang tersirat.

0 comments:

Post a Comment

 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design