Friday, December 31, 2010

Ray Of Light during Photojournilsm AT Melaka

RAY 1
ROL 2
ROL 3

Tuesday, December 28, 2010

..::dikala lapar::..

~Mr n Mrs nye favourite food dikala perot lapor~
ade p'samaan n ade gak perbezaan pendapat time pilih mkn nie..ngee,tp kebanyakannya sama la..MR just x minat SUSHI,BUBUR AYAM MCD n KEK!!yg laen bereh~serah pada yg pakar..mesti licin!hahaha..

 1)KFC
nugget~

Chezzy wedges~

whipped potato~Mrs slalu abiskan Mr nye klu die bli dinner plate..hahaha

2)Secret Recipe
Choclate Indulgences~


Mr pantang kek2 nie,just tlg belikan untuk Mrs klu Mrs kempunan nk mkn kek..hehehe

3)Mc Donald
Bubur Ayam McD

Bubur nie just Mrs dapat time sakit."jom makan bubur ayam,jap g confirm lega demam 2"..perghh ape lg Mrs,cpt2 la siap wlpn td ngah t'baring..SIHAT trus!hehehe..pandai btol Mr amik ati Mrs klu sakit,i2 yg buat Mrs syg sgt Mr nie..=)

 4)Sushi

Ebiko Lemon~
Nie pon Mr pantang gak..skali 2 penah pakse die rase,skali nak MU*TAH la..cian plak tengok..lepas dari ari 2,"nk teman bleh,nk pakse makan sori"..hahaha..OK2..faham..

5)BiG Apple Donuts

Choreo~

The Allien~

n LAST!!
6)GeorgeTown White Coffee

White Coffee~

..::Perjalanan Umrah 2010::..

Semalam Mrs mimpi dapat solat di depan Baitullah..penah sebelum nie Mrs mimpi solat di Masjidil Nabawi..Maha Suci Allah..Alhamdulillah dengan izin Allah,Mrs n family selamat mengerjakan umrah pada bulan Jun 2010 baru2 nie..Family Mrs bertolak dr Airport Kepala Batas,Penang>Singapore>Abu Dhabi>Jeddah>Madinah>n last ke Mekah..Mrs pendekkan cerita la ye,klu nk cite smua 1 ari pn x abis..hehehe..Lebih kurang beberapa jam pastu sampai plak kat Singapore Airport.. kali nie kami kene turun utk transit selama 1 jam sebelum bertukar kapal terbang ke Jeddah..kitaorg pun mula bertolak dari sana dgn kapal terbang yg lebih  selesa,Singapore Airline.. barula terasa nikmat naik kapal terbang,aircond dia pun sejuk,hehehe & yg mesti makan lagik!! Sepanjang dalam kapal terbang tu cam biasala takde keje lain makan ngan tido jek la
Singapore Airport
Kemudahan:mp3,leh tgk video,map..mcm2 lg la..

Lunch

Breakfast

Gaya jek lebih..hahaha

lebih kurang 8 jam kemudian sampai kat Jeddah(Mrs pn x ingat sgt bab2 jam nie sbb p'tukaran waktu) ..walaupun waktu malam time 2,pergh!!! Panas dah macam tengahari!!!terasa bahang panas kt sana.Kami dah ditunggu oleh 2 org ustaz yg in charge pakej kami nie.Dua2 mutawwif dari Indonesia.Dari Jeddah meneruskan perjalanan ke Madinah dengan bas.Selesa la jugak & aircond nya sejuk,so takdela rasa penat sgt perjalanan tu.

Perjalanan dari Jeddah ke Madinah lebih kurang 8 jam. Berhenti kejap dekat R&R dia (tak taula kat sana panggil apa) utk makan & solat.Sampai Madinah,terus check in kat hotel.Selesa la gak,ade 4 katil cukup utk nonie sefamily & yg penting air cond dia memang sejuk betul,al maklum negara panas.ngee~kami sampai di Madinah pn dah Subuh,so,sape2 yg sempat bleh la trus ke Masjidil Nabawi.X la berapa jauh dari hotel kitaorg tu,3minit jalan dah smpai Masjidil Nabawi dekat jek jln kaki.Then pagi 2 mula la ziarah Masjidil Nabawi..Memang panas betul! Patut la diaorg pakai tutup muka tu. Kat setiap pintu masuk masjid tu memang ader pengawal yg menjaga check setiap org yg masuk nak mengelakkan org bawak masuk barang yang x sepatutnya cthnya camera,hs yang ber'camera. pengawal lelakinya berpakaian ala askar (macam Saddam Hussain tu.. hehe) & perempuannya berkelubung hitam nampak mata jek.Masjid Nabawi memang cantik. Subhanallah! lampunya, tiangnya ceilingnya.. semuanya cantik. Semua bergilap sentiasa & berukir dgn nama Allah & dlm masjid byk terdapat tong air zam-zam dibawa khas dari Mekah. Asal dahaga jer, minumla berapa gelen sekali pun.. takde siapa nak melarang. Tempat ambik air sembahnyang ade di luar masjid siap naik eskelator turun bawah tanah. Memang seronok, rasa tenang jer sepanjang berada dalam masjid tu ustaz bagitahu beribadat di Masjid Nabawi nie pahalanya 1000 kali ganda dari biasa besar pahalanya. Allah Maha pemurah.
.
tong air zam-zam di dalam Masjidil Nabawi

Perkarangan Masjidil Nabawi

Baqi'-

suasana dalam Baqi'

Shopping ciket

Berehat sebentar bersama Kebab..hehehe



Kawan baru abah..hehehe

Membeli kacang2

Di Bin Dawood*shopping complex di Madinah*

Hadapan Babussalam

Masjidil Nabawi

Mak sedara shopping gelang..ngee~

Tunggu abah beli jubah

Kami juga sempat menziarahi perkuburan Baqi’ yang menjadi kuburan ramai sahabat, Tabi’, Tabi’een dan lain-lain lagi. Malangnya just dapat ziarah dari luar sebab hanya kaum Muslimin yang dibenarkan masuk ke perkuburan Baqi'.Semoga Allah merahmati roh mereka semua, dan kita yang bernyawa ini juga, InsyaAllah, akan turut sama mengikuti jejak langkah mereka. 

Keesokan paginya, lepas sarapan ustaz bawak menziarah tempat suci & bersejarah di sekitar Madinah.Kami dibawa melawat ke masjid yg dibina oleh Rasulullah & tempat baginda bersolat,antaranya Masjid Quba (ke-empat termasyur selepas Masjidil HAram, MAsjid Nabawi & Masjidil Aqsa) dan Masjid Qiblataini (masjid 2 kiblat satu ke Masjidil Aqsa & satu lagi ke Kaabah). Melawat juga ke bukit Uhud tempat terjadinya peperangan Uhud dimana terdapatnya Makan Saidina Hamzah & para syuhadak yg terkorban semasa peperangan tersebut. melihat betapa tingginya bukit Uhud & terbayang bagaimana Rasulullah terjatuh dari atas bukit tersebut sewaktu peperangan sehingga Baginda tercedera.Berhadapan dengan makam,ramai yang berdoa dgn bersungguh2 sehingga mengalirkan air mata. Mrs pun sedih gak terasa masa tu lebih lagi terbayangkan keadaan peperangan tu & macam mana Saidina Hamzah terkorban dan jenazahnya dicacatkan oleh Hindun salah seorg wanita musyrik yg turut memakan hatinya.isk kejam! Kami juga dibawa ke ladang kurma n membeli sedikit kurma Ajwa(kurma Nabi)mahal gak kurma nie berbanding kurma biasa.Harganya sekilo 50 rial, kalau pandai tawar bolehla dapat 45 rial tapi sebab kurma nie banyak khasiatnya, xdela berkira nak membelinya pun.Mrs just beli sekilo coklat kurma untk Mr rasa..hehe


Ladang Kurma

Masjid Quba

Makam Saidina Hamzah

Dihadapan Makam Saidina Hamzah
 Di Madinah, kami melawati Kompleks Percetakan AlQuran, hanya kaum Muslimin yang dibenarkan masuk ke tempat proses percetakan Al-Quran dan mendapat senaskah Al-Quran percuma.Abah Mrs gak membeli 2 naskah Al-Quran untuk diwakafkan di Masjidil Nabawi atas nama mak&abah Mrs..semoga usaha tersebut mendapat pahala yang b'ganda2..AMIN..

Sampai balik ke hotel, kami yg perempuan melawat makam Rasulullah SAW di dalam Masjid Nabawi. makam tu tak dibuka 24jam utk jemaah wanita. Hanya pada waktu tertentu saja, sebelah pagi 7.30 hingga sebelum zuhur & sekejap selepas zuhur rasanya. Untuk jemaah lelaki dibuka sentiasa la tapi Masjid Nabawi tu sendiri tidak dibuka 24 jam dibuka sejam seblum subuh & sejam selepas subuh.



Jadik kami perempuan berlima, Mrs ngan adik,tok n 2 org mak sedara pun masukla kat dalam dah penuh ngan org. kebetulan adik Mrs terlupa nak keluarkan camera jadik ditahan. kitaorg tawakal je tinggalkan camera ngan kasut dlm beg kat pintu masjid. bila masuk terus kami berjalan ke Raudhah dgn harapan dapatla kitaorg bersolat di situ. kat Raudhah antara tempat yg paling mustajab utk bersolat & berdoa di sifatkan Nabi sebagai kebun antara kebun syurga Alhamdulillah walaupun ramai  kami dapatla gak menyelit masuk ke Raudhah yg di tandakan dengan carpet hijau berbanding carpet merah dikawasan lain dlm masjid. Memang terasa tenang bersolat & berdoa di situ. Cuma sekali sekala dihimpit & dilangkah dek mak Arab yg ternyata lebih besar dr kitaorg tapi anggap jela tu semua dugaan bila beribadat & berdoa kat situ, otomatik mesti terasa sayu & sedih jer air mata mengalir tak dapat ditahan.

Lepas keluar dari masjid terusla kami merayau sekitar kawasan Masjid tu ade banyak org berjual beli la serba sedikit utk ole2 org kat mesia antara yg Mrs suka kat sini, jubahnya cantik murah plak tu Mrs ngan mak&adik sempatla beli sepasang dua jubah kat Madinah nie. harganya tak sampai seratus sehelai pn, 20 ke 50 rial pun boleh dapat. kalau kat mesia asal namanya jubah mesti seratus lebih selalunya.

Kami berada di AlMadinah AlMunawwarah selama 4 hari, dan kami bertolak menuju ke Makkah AlMukarramah.2 be continue later.. insyaAllah..=)






Monday, December 27, 2010

Panning Session

Panning 1
Panning 2
Panning 3

Our Journey In Photography

Short Briefing From EMA
Group Photo before Hari Raya
Photoshoot For Hari Raya
Look for POV
PhotoJournalism At Bukit Merah
PhotoJournalism At Bukit Merah
Photoshoot at Kuala Kedah
Basic Photography Course at Penang
Try to use 10-22mm EF-S USM
Macro Setting at IPG Kampus Darulaman

Photography Course

Basic Photography and CLS
PhotoJournalism With Zainal Halim
Basic Photography, Lighting, Potrait, Macro, Landscape, Photoshop




 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design