Friday, December 24, 2010

Kisah Sepasang Kekasih

Sudah 3 tahun azman dan siti menjalinkan hubungan percintaan. Selepas keputusan SPM keluar, Azman mendapat keputusan yang cemerlang dan telah ditawarkan oleh JPA untuk melanjutkan pelajaran ke Jerman dalam bidang kejuruteraan selama 5 tahun. Selama itulah Azman seringkali mengutuskan surat kepada kekasih hatinya di tanah air. Masa kian berlalu, surat yang diutus oleh Azman sudah lama tidak dibalas oleh siti. Azman sudah menyerah kalah, dan akhirnya Azman mengutuskan surat untuk tatapan kekasih hatinya dan berharap bahawa surat yang diutus mendapat jawapan. Namun harapan yang menggunung untuk menanti jawapan dari Siti pudar selari dengan peredaran siang dan malam. Azman menerima surat Biasiswa JPA yang mengatakan bahawa Pengajian Azman di Jerman akan berakhir tidak lama lagi. Hatinya berbunga mekar kerana tidak sabar untuk menatap wajah seorang wanita yang paling dicintainya. Azmn mengambil gambar disisi katilnya dan menatap wajah Siti..."Azman, Siti berat hati nak melepaskan abang pergi jauh...Siti tak sanggup kehilangan azman..Siti org susah, siti tiada sapa-sapa melainkan mak dan azman...menitis air matanya melihat Azman melangkah longlai ke balai belepas untuk ke Jerman..dari jauh Siti melambai sambil air mata lebat menghujani baju kurung kuning yang dihadiahkan oleh arwah ayah Siti. "Azman...adakah kita akan bersua kembali...? senyuman Siti kelat bercampur senyuman sewaktu bayang-bayang Azman hilang dibalik tembok batu..."setebal tembok batu ini, tebal lagi cinta kita.." bisik Azman. Azman dikejutkan mimpi tadi apabila loceng rumahnya ditekan oleh rakan sekuliah azman iaitu kamil."Woiiiii!!...apa tidur nie....jom la keluar..". Ajakkan Kamil tidak dipedulikan Azman.."apa petanda aku bermimpi Siti?..mengapa baru sekarang aku bermimpi wajah Siti?...Siti sedang menangis dan mukanya pucat...". "pesawat daripada Munich, Jerman telah selamat mendarat...kata jurucakap dilapangan terbang KLIA. Selang 3 minit, wajah mak, ayah, kakak, adik sudah menunggu aku di balai ketibaan...Azman berlari memeluk wajah-wajah yang telah lama ditinggalkan.."mana Siti mak?", tanye Azman. Maknya hanya mendiamkan diri dan cuba untuk mengubah topik perbualan mereka sehingga Azman terlupa akan soalan yang diajukan. Keesokkannya, Azman berkunjung ke rumah Siti, untuk menyerahkan cenderamata kepadanya. Rumah Siti kelihatan suram dan usang. "Assalammualaikum...assalammulaikum..", selang berapa minit, seorang wanita tua muncul dan menjawab salam Azman. "owh Man..bila balik nak?..'baru sampai jek Mak cik..""naik la nak", pelawa wanita tua itu. Belum Azman meletakkan punggungya di kusyen diruangtamu, mata Azman terpaku ke dinding rumah usang tersebut. Dinding rumah tersebut penuh dengan surat yang diutuskannya sewaktu menetap di Jerman.Dibalik-balik surat2 itu, masih kemas dan cantik lagi, sama seperti baru diterima dan ada satu surat yang renyuk dan mempunyai tompok-tompok darah. 'Nak, dah2lah tengok surat tu...", tersentak Azman dengan suara yg tiba-tiba muncul dibelakangnya. "mak Cik, mana Siti?..wajah org tua itu berkerut dan seakan-akan ada berlian di dalam mulutnya untuk memberitahu hal Siti.Azman mendesak, "nak...Siti....", tersekat-sekat suara wanita tua itu. "siti dah meninggal 3 bulan lepas....".Jatuh cenderamata yang dipegang Azman.berderai air mata azman.."mcm mana leh jadi mcm tu mak cik?". " Arwah bekerja setiap hari mengumpul duit untuk membalas surat kamu nak..kerja kampung, banyak mana la sangat...". Pada satu hari, Siti menerima surat kamu. Sewaktu itu, Siti baru saja habis berkerja di kedai Pak Mail. Siti menerima surat tu dengan senyuman yang meleret-leret sehingga ditegur oleh anak Pak Mail, "dapat surat cinta dari kekasih hati ke kak?..". Siti bergegas ke pejabat pos untuk membeli sampul surat dan setem. Dalam perjalanan balik ke rumah, Siti telah dilanggar oleh sebuah kereta yang sedang memecut laju.DUMMM!!!!..darah melimpahi jalan, org ramai semakin lama semakin memenuhi jalan....Mak cik sempat tiba di tempat kejadian dan memangku Siti.."mak, Siti sayangkan Mak, Mak jaga diri elok2...mak, Siti rindu sangat ngan Azman.."belum sempat mak cik sempat berkata apa-apa, Tuhan lebih menyanyangi dirinya. Ditangan Siti, sekeping surat yang digengam sekuat hatinya. Darah Siti, menitis surat ke surat tersebut. Azman kelu dan menitiskan air mata. Direnungnya batu nisan kubur Siti, dapat dilihat Siti tidak penah mencari lelaki lain, tetapi Siti mati kerana suratku. Kini baru kutahu erti mimpi yang diterima sebelum kembali ke tanah air.Siti, maafkan Azman..

0 comments:

Post a Comment

 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design